Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

GAMBAR AWAL MODEL BARU KERETA TOYOTA AVANZA 2015

Imej
Bagi penggemar kereta keluaran Toyota pasti tertunggu-tunggu model kereta yang akan dikeluarkan oleh Toyota pada tahun 2015 ini. Melalui laporan yang dikeluarkan melalui Autonetmagz dijangka model 2015 Toyota Avanza yang berwajah baru akan dilancarkan di Gaikindo Indonesia Internation Auto Show 2015 (GIIAS) pada 20 Ogos 2015. Berdasarkan gambar awal Toyota Avanza 2015 ini yang telah dikeluarkan di internet beberapa hari ini menunjukkanmodel Toyota Avanza 2015 ini merupaka varian Veloz dan 1.5G yang mempuyai bumper hadapan yang lebih sporty dan gril yang lebih besar dari model sebelumya. Mengikut sumber, kereta 2015 Toyota Avanza ini akan mendapat enjin baru Toyota Dual-VVTi yang sama seperti Corolla Altis. Namun bagi pasaran Malaysia belum dapat dipastikan bila model Toyota Avanza 2015ini akan memasuki pasaran Malaysia. Di atas merupakan sebahagian gambar awal model kereta Toyota Avanza 2015 yang telah tersebar di internet. Gambar: http://autonetmagz.com

GAMBAR TATIANA TUZOVA, MANUSIA MIRIP PATUNG BARBIE

Imej
Sebut sahaja patung Barbie pasti ramai kanak-kanak perempuan mengenali patung tersebut. Kerana kecantikkan patung  Barbie tersebut ianya menjadi barang mainan wajib kanak-kanak perempuan di seluruh dunia untuk memilikinya. Namun patung Barbie bukan sahaja diminati oleh golongan kanak-kanak tetap juga wanita dewasa. Di negara Rusia seorang wanita dewasa bernama Tatiana Tuzova amat meminati patung Barbie sehingga membuat penampilan dirinya seperti anak patung Barbie. Kerana minat dengan patung Barbie Tatiana Tuzova yang berusia 28 tahun telah mengubah gaya hidupnya menyerupai patung tersebut. Berikut adalah gambar yang dikongsikan oleh Tatiana Tuzona yang menyerupai patung Barbie. Gambar: Tuzova.com