Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

TANDA-TANDA ANDA SEDANG MENGALAMI MIGRAIN

Imej
Selain daripada menyebabkan kepala berdenyut-denyut, sakit kepala jenis migrain ini (migraine tanpa aura) mempunyai tanda-tanda seperti berikut. Sakit kepala yang berlarutan dari empat ke 72 jam Intensity yang sederhana atau teruk (yang boleh mengurangkan aktiviti seharian individu terbabit) Melibatkan sebelah kepala Berdenuyt-denuyt Menjadi lebih teruk semasa berjalan atau memanjat tangga Semasa berlakunya sakit kepala, terdapat salah satu daripada ciri-ciri seperti Rasa loya atau muntah Fotofobia (cahaya atau sinaran menyebabkan kesakitan bertambah) atau fonofobia (bunyi akan menyebabkan kesakitan bertambah) EPIDEMIOLOGI Kelaziman migrain ini boleh berbeza-beza. Dalam tempoh setahun, prevalennya adalah enam peratus bagi kaum lelaki dan 15 peratus wanita. Nisbah kejadian migraine ini (perempuan:lelaki) adalah antara 2:1 dan 3:1. Kejadian biasanya berlaku antara usia 20-an dan 30-an. Selepas usia 50 tahun jarang berlaku. PREVALEN MIGRAIN DAN AURA

MIGRAIN: APA ITU SAKIT MIGRAIN?

Imej
Migrain ialah satu keadaan sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan. Migrain  juga adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran itu kemungkinan disebabkan kesakitan tersebut. ASAL USUL MIGRAIN Migrain berasal daripada perkataan Greek ‘hemikrania’ yang bermaksud sebel;ah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Mgrain diklasifikasikan kepada dua jenis  iaitu classic migraine dan common migrain.       1. CLASSIS MIGRAIN Menurut kaj