Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

BUMI DIANCAM ASTEROID SEBESAR BANGUNAN BURJ KHALIFAH

Imej
Baru-baru ini pihak Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) telah mengeluarkan maklumat bahawa Bumi kini diancam asteroid dan tahi bintang 'berpotensi berbahaya' yang sedang bergerak kelajuan 122,310 kilometer sejam. Asteroid yang dikenal pasti adalah Asteroid 2002 AJ129 dikatakan bersaiz sebesar bangunan Burj Khalifa yang dijangka melintasi Bumi pada 4 Februari ini dalam jarak 4.2 juta kilometer daripada bumi. Menurut Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) lagi, biarpun jarak laluan asteroid berkenaan melebihi 10 kali ganda antara jarak bumi dengan bulan, ia masih berada pada parameter yang 'berpotensi berbahaya' (yang mana klasifikasi ini digunakan untuk asteroid dalam lingkungan jarak 7.4 juta kilometer dari bumi). Asteroid 2002 AJ129 ini berukuran 1.2 kilometer lebar dan berada pada kelajuan 122,310 kilometer sejam ketika berada di laluan paling dekat dengan bumi. Kedudukan it

LIHAT 7 KOLEKSI EDISI KHAS KASUT ADIDAS X DRAGON BALL Z

Imej
Memetik laporan laman Yeezy Mafia, pihak Adidas akan melancarkan 7 kasut edisi khas adidas tahun ini untuk koleksi bersama Dragon Ball Z. Setiap jenis kasut yang akan dipasarkan ini juga telah dimaklumkan bulan ianya akan dijual kepada orang ramai. Berikut merupakan gambar awal koleksi Edisi Khas Kasut Adidas X Dragon Ball Z pada tahun ini. Adidas Deerupt “Gohan” adidas EQT Mid ADV ‘Shenron’ adidas Kamanda ‘Majin Boo’ adidas Prophere “Cell” adidas Yung-1 ‘Frieza’ adidas ZX500 RM ‘Goku’ adidas Oregon Ultra Tech ‘Vegeta’

VOLKSWAGEN LANCARKAN PROMOSI UNTUK TAHUN BARU CINA 2018

Imej
Berdekatan dengan sambutan Tahun Baru Cina 2018 yang bakal tiba Februari depan, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah   melancarkan promosi khas 'A Safer Drive Home' bermula 22 Januari ini hingga 28 Februari depan. Menurut pihak Volkswagen promosi ini dianggap sebagai tambahan kepada kempen Tahun Baru Cina sedia ada, Leaders of the Pack yang turut berlangsung ketika ini. Sepanjang promosi itu nanti, pemilik kenderaan Volkswagen berpeluang menikmati 20 mata pemeriksaan keselamatan percuma daripada VPCM. Penawaran itu dilakukan supaya pemilik kenderaan berkenaan tenang selain selamat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing. Selain itu, pengguna yang berbelanja sebanyak RM800 dan ke atas untuk perkhidmatan servis dan penyelenggaraan di mana-mana pusat servis Volkswagen seluruh negara bakal menerima beg eksklusif bersempena Tahun Baru Cina daripada VPCM. Maklumat lanjut berkenaan promosi ini boleh didapati dengan melayari la