MIGRAIN: APA ITU SAKIT MIGRAIN?

Migrain ialah satu keadaan sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.

Migrain  juga adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran itu kemungkinan disebabkan kesakitan tersebut.

ASAL USUL MIGRAIN
Migrain berasal daripada perkataan Greek ‘hemikrania’ yang bermaksud sebel;ah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Mgrain diklasifikasikan kepada dua jenis  iaitu classic migraine dan common migrain.
      1. CLASSIS MIGRAIN
Menurut kajian, hamper 10 hingga 15 peratus pesakit mengalami classic migraine. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit.
 Antara tanda-tanda yangsering berlaku ialah terlihat cahaya terang, garisan zigzag, penglihatan berganda, buta sementara, kebas, kepala terasa berpusing, pening, sukar bercakap atau keliru. Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.
2. COMMON MIGRAIN
Common migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal. Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (imflasi)

DIAGNOSIS MIGRAIN
Penghidap migrain dan sakit kepala seharusnya mengelak penggunaan seperti alcohol, makanan yang menyebabkan serangan seperti kafien, makanan sejuk dan pastikan anda mempunyai tidur yang cukup. Kebanyakan orang yang menghidapi migraine juga mempunyai masalah seperti kebas pada tangan, lengan dan kaki semasa serangan, percakapan tidak jelas dan masalah penglihatan.

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Individu 10 Terkaya Di Malaysia tahun 2015

5 Gaya Hidup Sihat Perlu Diamalkan

BEBERAPA ISU PENTING PENDIDIKAN SEPANJANG SIDANG MEDIA OLEH MENTERI KANAN PENDIDIKAN (KPM) PADA 15 APRIL 2020