BUMI DIANCAM ASTEROID SEBESAR BANGUNAN BURJ KHALIFAH
Baru-baru ini pihak Agensi
Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) telah
mengeluarkan maklumat bahawa Bumi kini diancam asteroid dan tahi bintang
'berpotensi berbahaya' yang sedang bergerak kelajuan 122,310 kilometer sejam.
Asteroid yang dikenal
pasti adalah Asteroid 2002 AJ129 dikatakan bersaiz sebesar bangunan Burj
Khalifa yang dijangka melintasi Bumi pada 4 Februari ini dalam jarak 4.2 juta
kilometer daripada bumi.
Menurut Agensi
Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) lagi, biarpun
jarak laluan asteroid berkenaan melebihi 10 kali ganda antara jarak bumi dengan
bulan, ia masih berada pada parameter yang 'berpotensi berbahaya' (yang mana
klasifikasi ini digunakan untuk asteroid dalam lingkungan jarak 7.4 juta
kilometer dari bumi).
Asteroid 2002 AJ129 ini
berukuran 1.2 kilometer lebar dan berada pada kelajuan 122,310 kilometer sejam
ketika berada di laluan paling dekat dengan bumi.
Kedudukan itu merupakan
kedudukan paling dekat jika dibandingkan dengan objek lain yang melalui bumi
pada ketika itu. NASA telah menjejaki asteroid ini selama lebih 14 tahun dan
telah mengenal pasti orbitnya dengan tepat.
Berdasarkan pengiraan
NASA, asteroid 2002 AJ129 tidak berpotensi untuk merempuh bumi pada 4 Februari
ini malah untuk 100 tahun akan datang.