Catatan

BEBERAPA ISU PENTING PENDIDIKAN SEPANJANG SIDANG MEDIA OLEH MENTERI KANAN PENDIDIKAN (KPM) PADA 15 APRIL 2020

✅ SESI PERSEKOLAHAN AKAN DITANGGUHKAN sehingga kita benar² yakin keadaan telah kembali pulih (melibatkan lebih 5 juta pelajar & 500 ribu orang guru) ✅ TARIKH PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH akan diumumkan sekurang-kurangnya 2 minggu awal supaya para ibubapa dapat membuat persediaan sewajarnya. Namun untuk permulaan pembukaan sekolah HANYA MELIBATKAN KELAS YG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AWAM iaitu SPM, SVM, STPM, STAM, dan setara. ✅ SPM, SVM STAM : DITUNDA KE TAHUN HADAPAN (ke suku tahun pertama 2021) ✅ STPM (Sem 2 ubah ke Ogos 2020, Sem 3 bawa ke suku pertama 2021) ✅ KEMASUKAN BAHARU KE IPT - asasi, matrikulasi, diploma tangguh sehingga Julai / Ogos 2021, ijazah - September / Oktober 2021. ✅ PT3 & UPSR DIBATALKAN - kriteria pemilihan   ke SBP, SMKA, MRSM, MTD dgn kaedah baharu akan diperkenalkan. ✅ UPKK?   Kerajaan negeri akan mengambil inisiatif yg sama berikutan peperiksaan awam PT3 & UPSR telah dibatalkan. ✅ Jika sesi persekolahan dibuka,

FUNGSI UTAMA PENGURUS DALAM PENGORGANISASIAN

Imej
Pengorganisasian merupakan penentuan corak penstrukturan organisasi dan penentuan tugas setiap individu dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Dalam hal ini, pengurus perlu menentukan siapa, bila, bagaimana sesuatu tugas dilakukan dan kepada siapa subordinat perlu laporkan.  Maka, pengurus dikehendaki merangka struktur organisasi kerja yang dapat menggalakkan kerjasama pasukan kerja berteraskan pencapaian matlamat dan objektif organisasi. Matlamat dan objektif organisasi yang berbeza memerlukan struktur yang berlainan. Sebagai contoh organisasi yang mempunyai matlamat menjadi pembekal peralatan kereta mempunyai struktur yang berbeza dengan organisasi yang mengeluarkan makanan.  Dengan itu, pengorganisasian kerja penting bagi menggalakkan sesuatu organisasi itu bekerja secara pasukan mengikut jenis tugas yang dijalankan bagi mengelakkan berlakunya politik organisasi yang sememangnya dianggap barah dalam sesebuah organisasi.

4 AKTIVITI UTAMA PENGURUS

Imej
Di dalam sesebuah organisasi ramai yang mengimpikan untuk menjadi seorang pengurus yang berkesan. Secara umumnya, sebagai seorang pengurus yang berkesan terdapat empat aktiviti utama pengurus yang perlu dilakukan iaitu: 1.     Aktiviti Rutin Kebiasaannya. pengurus melakukan kerja-kerja rutin seperti membuat keputusan, mengawasi operasi harian organisasi dan subordinat dalam memastikan aktiviti organisasi berjalan dengan lancar. Kebiasaannya aktiviti-aktiviti rutin adalah lebih ringan dan mudah kerana ia telah sedia terprogram yang lazimnya dibuat menurut tatacara, peraturan dan tabiat. 2.      Penghebah Maklumat Pengurus mendapat dan mengkomunikasikan maklumat secara rutin dengan menyediakan pekeliling, menghebahkan polisi, prosedur dan peraturan dari semasa ke semasa kepada seluruh ahli organisasi. 3.      Mengurus Sumber Manusia Pengurus berperanan untuk merekrut, melatih, membangunkan kerjaya, memotivasi, membimbing dan mendisiplinkan para subordinat.