FUNGSI UTAMA PENGURUS DALAM PENGORGANISASIAN


Pengorganisasian merupakan penentuan corak penstrukturan organisasi dan penentuan tugas setiap individu dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Dalam hal ini, pengurus perlu menentukan siapa, bila, bagaimana sesuatu tugas dilakukan dan kepada siapa subordinat perlu laporkan. 



Maka, pengurus dikehendaki merangka struktur organisasi kerja yang dapat menggalakkan kerjasama pasukan kerja berteraskan pencapaian matlamat dan objektif organisasi. Matlamat dan objektif organisasi yang berbeza memerlukan struktur yang berlainan. Sebagai contoh organisasi yang mempunyai matlamat menjadi pembekal peralatan kereta mempunyai struktur yang berbeza dengan organisasi yang mengeluarkan makanan. 


Dengan itu, pengorganisasian kerja penting bagi menggalakkan sesuatu organisasi itu bekerja secara pasukan mengikut jenis tugas yang dijalankan bagi mengelakkan berlakunya politik organisasi yang sememangnya dianggap barah dalam sesebuah organisasi.

Catatan popular daripada blog ini

5 Gaya Hidup Sihat Perlu Diamalkan

Senarai Individu 10 Terkaya Di Malaysia tahun 2015

BEBERAPA ISU PENTING PENDIDIKAN SEPANJANG SIDANG MEDIA OLEH MENTERI KANAN PENDIDIKAN (KPM) PADA 15 APRIL 2020