5 Gaya Hidup Sihat Perlu Diamalkan

Salam buat semua yang terjah kat blog JOMRIA. Kali ini  aku nak share dengan semua artikel mengenai Amalan Hidup Sihat yang semestinya kita perlu titik beratkan dalam hidup kita. 

Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Oleh itu, tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat ni.Berikut adalah gaya hidup sihat yag patut kita amalkan dalam kehidupan seharian.

# Menjaga Pemakanan Seharian   
Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.




 # Bersenam atau Beriadah   
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.


# Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

 # Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali setahun.

# Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan
Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah.
 

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Individu 10 Terkaya Di Malaysia tahun 2015

4 AKTIVITI UTAMA PENGURUS

BEBERAPA ISU PENTING PENDIDIKAN SEPANJANG SIDANG MEDIA OLEH MENTERI KANAN PENDIDIKAN (KPM) PADA 15 APRIL 2020