10% DISKAUN KERETA PROTON UNTUK AHLI KESATUAN HOKKIEN

Beberapa hari lepas heboh tentang ahli kesatuan Persekutuan Hokkien Malaysia layak untuk menerima diskaun kesemua model kenderaan Proton sehingga 10 peratus.

Laporan tersebut dipetik dari akhbar Nanyang Daily yang memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Otomobil Nasional Berhad (PONSB), Dr. Li Chunrong mengumumkan tawaran tersebut.


Berikut ialah laporan yang dikeluarkan mengenai diskaun kereta Proton kepada Ahli kesatuan Hokkien:
  • Rakyat Malaysia yang berketurunan Fujian layak menerima diskaun tersebut
  • Tawaran ini adalah sempena kerjasama di antara kedua-dua pihak
  • Tawaran ini diharapkan dapat membuahkan banyak lagi kerjasama pada masa akan datang
  • Tawaran bermula dari 12 Januari hingga 31 Mac 2018
  • Diskaun yang ditawarkan bermula dari lima hingga sepuluh peratus
  • Proton Perdana 2.4 ditawarkan dengan diskaun sebanyak RM 12,911
  • Kesatuan Persatuan Hokkien Malaysia adalah sebuah badan yang memayungi 200 persatuan lain
  • Keturunan dari Fujian adalah bangsa Cina yang terbesar di Malaysia
  • Mereka yang berminat dengan diskaun ini akan melalui tapisan yang ketat
  • Selain kesatuan ini, Proton turut juga menawarkan promosi istimewa kepada klien korporat, persatuan dan juga organisasi media

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Individu 10 Terkaya Di Malaysia tahun 2015

BEBERAPA ISU PENTING PENDIDIKAN SEPANJANG SIDANG MEDIA OLEH MENTERI KANAN PENDIDIKAN (KPM) PADA 15 APRIL 2020

5 Gaya Hidup Sihat Perlu Diamalkan