Catatan

PERANAN PENGURUS UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN ORGANISASI

Imej
Kecekapan boleh didefinisikan sebagai melakukan kerja-kerja dengan betul. Justeru, pengurus yang cekap membolehkan organisasi untuk memaksimumkan produktiviti berasaskan sumber per unit yang dilaburkan sama ada tenaga buruh, bahan mentah atau modal seterusnya menjimatkan kos, mengurangkan hasil buangan serta meminimumkan kos per unit pengeluaran.  Di samping itu, kecekapan juga mempengaruhi kualiti barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan. Kualiti produk atau perkhidmatan merangkumi aspek daya tarikan produk. pembungkusan, kesenian dan kehalusan kerja, layanan, hubungan antara perorangan dan komunikasi, perkhidmatan sokongan dan perkhidmatan selepas jualan. Melalui kecekapan, ia membolehkan pengurus bertindak dengan tepat dalam mengurus 5 perkara-perkara utama yang berikut: Merancang dan membuat keputusan tentang keperluan sumber dengan tepat Mendapat dan memilih sumber yang paling sesuai Mengorientasi, melatih dan membangunkan sumbe...

PERANAN PENGURUS UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN ORGANISASI

Imej
Keberkesanan bermaksud membuat sesuatu dengan betul. Maka, pengurus yang berkesan memboleh organisasi mencapai visi, tujuan atau misi melalui penggabungan sumber, usaha dan bakat yang dimiliki oleh organisasi. Penggabungan sumber, usaha dan bakat yang dilakukan dengan kebijaksanaan pengurus membolehkan organisasi memaksimumkan pulangan atau keuntungan dalam usaha untuk mencapai objektif organisasi. Sebagai seorang pengurus yang berkesan, perlulah pengurus tersebut memiliki kelebihan-kelebihan berikut:  Kebolehan mengurus kendiri Mampu mengambil faedah daripada kepelbagaian Keprihatinan yang tinggi terhadap isu-isu berkaitan dengan etika Mengurus dan mengambil peluang daripada perubahan persekitaran   Mampu berkomunikasi dengan berkesan Mengurus silang budaya dengan berkesan Kebolehan mengurus pasukan kerja dan;  Peka terhadap perkembangan teknologi

TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN ORGANISASI

Imej
Umumnya, pengurus ialah seorang yang bertanggungjawab untuk memastikan kemakmuran organisasi yang diterajuinya. Sebagai seorang pengurus sama ada di dalam organisasi yang besar mahupun organisasi yang kecil,  pengurus perlu merancang dan membuat keputusan, mengorganisasi, memotivasi dan mengawal sumber-sumber organisasi sama ada sumber manusia, kewangan, fizikal dan maklumat.  Oleh itu, seorang pengurus perlulah berperanan untuk memberi arahan, memimpin dan membuat keputusan tentang bagaimana organisasi perlu menggunakan segala sumber yang ada bagi memastikan matlamat yang telah ditetapkan berjaya dicapai. Dalam usaha untuk memakmurkan organisasi, seorang pengurus perlulah bertindak secara proaktif terhadap lima faktor yan g utama mempengaruhi amalan pengurusan organisasi. Kelima-lima faktor yang dimaksudkan ini ialah: Pengurus perlu memastikan persekitaran fizikal yang selamat bagi memenuhi kehendak dan tuntutan pelbagai pihak. Pengurus perlu m...